Seminar Hala Tuju SBP

15 Ogos 2009- Seminar anjuran Persatuan Murid-murid Tua Maktab Perempuan Melayu/Kolej Tunku Kursiah (TKCOGA) ini diadakan di Universiti Malaya, Kampus Kota, Jalan Tun Ismail, KL.


Objektif utama seminar ini diadakan adalah atas dorongan bagi menjamin masa depan SBP terutama dari segi kecemerlangan dan statusnya. Tajuk utama yang menjadi kebimbangan ialah apabila Kementerian Pelajaran telah menggabungkan Unit SBP dengan Sekolah Kluster. serta hanya segelintir SBP sahaja yang tergolong dalam kategori ini (SCIPP memang bukan antara sekolah yang terpilih itu). Dengan ini ada pihak berpendapat bahawa Kementerian tidak memberikan tumpuan khusus kepada SBP.

Slot pertama (pagi) adalah ceramah YBhg Dato' Seri Dr. Abdul Shukor b. Abdullah, YBhg Dato' Hj. Abdul raof B. Hussin dan Yang Berusaha Tn Hj. Mohd Kholil Mohamad. Sesi ini dipengerusikan oleh YBhg Prof. Emeritus Dato' Dr. Nik Safiah Karim. Tokoh-tokoh yang dijemput membentangkan kertas kerja memang di kalangan mereka yang berwibawa. Saranan dan pandangan yang diberikan memang bernas dan ada benarnya. Slot kedua (petang) pula adalah di kalangan alumni SBP terpilih (TKCOGA, SDARA, MCOBA & STAROBA). Sesi ini lebih menjurus kepada pengalaman yang dilalui semasa bergelar pelajar SBP dan berharap agar etos sebagai pelajar SBP terus berkekalan. Ceramah dan sesi dialog yang diadakan amat bermanfaat. Dan bagi saya, pokok segalanya adalah untuk memartabatkan bangsa kita sendiri, bangsa Melayu.

Hasil 15 resolusi dari seminar ini akan diusulkan kepada pihak kementerian dan semoga deklarasi tersebut mendapat perhatian pihak bertanggugjawab. Ada yang mencadangkan agar ditubuhkan persatuan gabungan alumni SBP. Penganjur juga berpendapat perhimpunan/seminar/diskusi seperti ini akan diadakan secara berkala i.e. acara tahunan alumni SBP.

Menariknya apabila terlibat dalam seminar sebegini adalah "networking". InsyaAllah sebelum akhir tahun ini...berharap kita dapat mendaftarkan alumni SCIPP ini secara formal untuk memudahkan segala urusan alumni pada masa depan.

p/s: Sesiapa yang akan terlibat untuk ke Gathering bulan Oktober09 ini, cadangkan satu slot untuk penubuhan AJK Alumni ya. Untuk dimasukkan dalam borang registra nanti =)

Ok..antara gambar2 pada hari seminar:





Wakil SCIPP ke Seminar,
Izyan Nasruddin



***formal pulak report ni kan hiks =D***

4 comments:

soleil m said...

k'izyan pg sorang je ke?
:(

:: !zyan :: said...

iye suria..

bini edy said...

bagusnye kak izyan..sorry k izyan, ade few things nak settle. br smpt jenguk2. nnt same2 kite naikkan balik alumni. tp kan, ramai cikgu dh xde..

:: !zyan :: said...

aaa...nak buat macamane.
Kita masukkan jugak la ex-cikgu sume dalam alumni jugak, nak?

Design by Blogger Templates